Kuala Berang:
Lebih 300 peserta terdiri daripada kakitangan Golden Pharos Berhad (GPB), subsidiari, komuniti penduduk Orang Asli dan pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berkampung di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) bagi menjayakan program Walking With Giant (WWG).
Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dr Mohd Zaki Hamzah, berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu anjuran kumpulan GPB bersama subsidiari.
Menurutnya, GPB adalah syarikat pembalakan milik kerajaan negeri Terengganu, yang diberi amanah oleh kerajaan negeri menjaga kawasan hutan seluas 123,900 hektar di Dungun dan Kemaman.
Katanya, di bawah GPB terdapat Timber Kompleks yang diuruskan oleh pengurusan kayu-kayan Terengganu dan Cerul Forest Consetion diuruskan, Persama Timber.
Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dr Mohd Zaki Hamzah, berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu anjuran kumpulan GPB bersama subsidiari.
Menurutnya, GPB adalah syarikat pembalakan milik kerajaan negeri Terengganu, yang diberi amanah oleh kerajaan negeri menjaga kawasan hutan seluas 123,900 hektar di Dungun dan Kemaman.
Katanya, di bawah GPB terdapat Timber Kompleks yang diuruskan oleh pengurusan kayu-kayan Terengganu dan Cerul Forest Consetion diuruskan, Persama Timber.
“Program kali ini kita bersama KECV dan ia akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.
“GPB bersama subsidiarinya menyumbang sebanyak RM50,000 untuk digunakan oleh KECV dalam penjagaan, penyelenggaraan dan sebagainya di kawasan ini.
“Kerja kami berkaitan dengan hidupan liar serta komuniti dan dalam menjaga alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau ESG, ketiga-tiga entiti berkenaan perlu diselaraskan bagi mencapai kebaikan bersama,” katanya.
Selaras inisiatif PITAS 2030
Beliau berkata, ini bertepatan dengan Plan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 digaris panduan di dalam PITAS iaitu kerja-kerja pembangunan perlu lestari dengan alam sekitar, sosial dan sebagainya.
Katanya, ia menjadi tanggungjawab pihaknya sebagai anak syarikat kerajaan negeri untuk merealisasikan PITAS 2030 yang merupakan pelan induk pembangunan negeri Terengganu.
Justeru, selain memenuhi tanggungjawab FSC dan ESG, kami juga bertanggungjawab terhadap kerajaan negeri dalam menjayakan pelan induk yang sudah dirangka.
“Hutan berkenaan adalah hak milik negeri dan kami hanya menjaga sahaja dan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
“Kami menguruskan hutan berkeluasan besar iaitu hampir 124,000 hektar dan catuan tebangan dilakukan iaitu 1,900 hektar setiap tahun sahaja.
“Setiap tahun pengeluaran kayu sebanyak 45 meter padu perhektar dan GPB merupakan satu-satunya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia berjaya menguruskan pengeluaran produk kayu daripada hutan,” katanya.
Peserta, Malik Kunchek@Mustafa, 46, dari Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman, berkata dia berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak meminggirkan masyarakat pribumi dalam program yang dilaksanakan.
“Mereka (kerajaan) walaupun menjalankan kerja di kawasan hutan, tetap mempedulikan kami dan hari ini kami sebahagian daripada mereka menjayakan program yang diadakan.
“Justeru, kefahaman yang disalurkan melalui program seperti ini dapat membantu kami masyarakat Orang Asli untuk lebih memahami skop tugas dilaksanakan kerajaan,” katanya.
Penuhi tanggungjawab
Katanya, komuniti juga ada tanggungjawab oleh itu sebarang gerak kerja yang dilakukan di kawasan terutama hutan perlu dilestarikan.
Rakannya, Kamal Jantan, 49, berkata, setiap apa yang direncanakan kerajaan untuk kesejahteraan bersama dan dia tidak menolak setiap pembangunan dijalankan.
“Program seperti ini setidaknya memberi pengetahuan kepada kami masyarakat Orang Asli mengenai kerja hutan yang dilakukan kerajaan.
“Pelbagai aspek boleh diketahui apabila melibatkan kami dalam program seumpama ini manakala jurang antara syarikat dan penduduk dapat dieratkan,” katanya.